Home » » Mabuk sakan di bulan puasa

Mabuk sakan di bulan puasa

Written By canang on Rabu, 18 Ogos 2010 | 8/18/2010 10:00:00 PG

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.
Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.
Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain
Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.

Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota.

Daripada jumlah itu, enam pelanggan ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dan metaphetamin
Menurut jurucakap polis, lima remaja terbabit negatif mengambil dadah, namun hanya didapati mabuk.

“Pusat hiburan itu mempunyai lesen hiburan dan tidak beroperasi lebih waktu ditetapkan,” katanya. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger