Home » » Meritokrasi: Mahathir Tolak MBE Najib

Meritokrasi: Mahathir Tolak MBE Najib

Written By canang on Sabtu, 28 Ogos 2010 | 8/28/2010 06:00:00 PTG

  Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pendiriannya berhubung dasar meritokrasi yang bakal menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurut bekas perdana menteri itu, ekonomi negara tetap mencatat pertumbuhan, malah lebih daripada negara membangun yang lain ketika DEB diamalkan.

"Jadi anda tidak boleh kata DEB menjadi halangan (kepada pertumbuhan ekonomi)," katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Najib berhubung dasar meritokrasi yang dipelopori perdana menteri itu.

Katanya lagi, beliau berhak membuat kritikan seperti itu, namun pendapat beliau tidak semestinya betul.-MALAYSIA KINI


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger