SHANGHAI - Model-model seksi yang memakai pakaian seperti bikini dan skirt mini menjadi tumpuan pada Persidangan dan Ekspo Hiburan Digital China Kali Ke-8 di sini yang berakhir semalam.
Gadis-gadis genit itu menjadi tumpuan kerana pemerintah komunis China sebelum ini mengumumkan syarikat-syarikat permainan komputer dilarang menggunakan unsur-unsur seks bagi mempromosikan produk masing-masing.
Seorang pelajar kursus perniagaan, Sherrill Ma berkata, gadis-gadis tersebut memperoleh AS$30 (RM95.55) hingga AS$45 (RM143.32) sehari untuk beraksi pada ekspo itu selama empat hari.
Dia yang berumur 21 tahun melakonkan watak seperti wanita kucing dengan memakai pakaian dalam dan duduk di dalam kurungan.
Seorang lagi gadis seksi, Zhang Meng berumur 20 tahun berkata, terdapat beberapa pengunjung yang meminta dia melakukan pelbagai aksi seperti menyentuh tubuh mereka.
Seorang pengarah pemasaran produk permainan Shanda Games, Jay Jiang menyatakan, di Jepun dan Korea Selatan, bilangan model seksi itu tidak ramai berbanding di sini. - AFP
Home »
» Model seksi jadi tumpuan di Shanghai
Model seksi jadi tumpuan di Shanghai
Written By canang on Isnin, 2 Ogos 2010 | 8/02/2010 07:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan