KUALA LUMPUR - Tindakan dua pelajar perempuan keluar rumah secara senyap-senyap pada awal pagi, untuk menemui kekasih membawa padah apabila mereka menjadi mangsa rogol lelaki tersebut.
Dua rakan sekelas berusia 15 tahun itu menyelinap keluar dari rumah masing-masing di Gombak dekat sini pada pukul 1 pagi, Sabtu lalu untuk menemui teman lelaki mereka di Puchong.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kedua-dua mereka kemudian dibawa ke rumah sewa salah seorang daripada lelaki terbabit di Pandan Indah dekat sini.
Beliau berkata, setibanya mereka di rumah tersebut, kedua-dua mangsa dibawa masuk ke dalam bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks.
Katanya, selepas memperkosa mangsa, suspek membawa dua remaja terbabit ke Seksyen 26, Shah Alam dan ditinggalkan di tepi jalan.
"Mangsa terpaksa berjalan kaki ke Seksyen 27, Shah Alam mencari balai polis untuk membuat laporan mengenai kejadian yang menimpa mereka.
"Bagaimanapun, polis Shah Alam menyerahkan kes tersebut kepada kita memandangkan kejadian dilaporkan berlaku di Pandan Indah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.
Abdul Jalil berkata, hasil laporan tersebut, pihaknya telah menjalankan operasi mengesan suspek dan berjaya menangkap salah seorang daripada lelaki terbabit di sebuah kawasan di Ampang semalam.
Beliau berkata, polis yang memperoleh nombor telefon bimbit lelaki terbabit cuba memerangkap suspek agar setuju berjumpa di satu tempat sebelum dia ditangkap.
Katanya, suspek berusia 36 tahun yang merupakan seorang penganggur kini ditahan reman selama seminggu mulai semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Home »
» Padah keluar rumah senyap-senyap:Dua pelajar jadi mangsa rogol teman lelaki
Padah keluar rumah senyap-senyap:Dua pelajar jadi mangsa rogol teman lelaki
Written By canang on Jumaat, 27 Ogos 2010 | 8/27/2010 12:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan