SHAH ALAM – Pakatan Rakyat bersedia untuk menerajui Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mengalu-alukan pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi laluan kepada pemerintahan baru.Naib Presiden Pas, Salahuddin: Ayub berkata Sarawak memerlukan pemerintahan lebih dinamik, berkarisma dan bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran negeri.
“Kita memmang mengalu-alukan pengunduran beliau yang sangat ditunggu-tunggu rakyat Sarawak untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih berkempimpinan untuk mentadbir negeri.
“Sarawak mempunyai keluasan kawasan luas yang kaya dengan hasil bumi namun masih terdapat segelintir rakyat masih terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya kepada :Sinar Harian, :semalam.
Menurutnya, terdapat tiga juta rakyat Sarawak namun hasil kekayaan negeri tidak mampu dinikmati oleh keseluruhan rakyat.
“Pakatan Rakyat (PR) kesal kerana terdapat rakyat yang ketinggalan apabila masih belum memiliki tanah sendiri dan tinggal di kawasan terpencil.
“Kami yakin mampu mentadbir Sarawak kelak dengan lebih telus dan adil sekiranya menang dalam pilihan raya kelak,”katanya.
Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika ditanya kesediaan untuk bertanding lagi pada pilihan raya DUN dengan mengumumkan kesediaan untuk mengundur diri sekiranya khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan