Home » » Pasangan berahi IPT dicekup...

Pasangan berahi IPT dicekup...

Written By canang on Selasa, 24 Ogos 2010 | 8/24/2010 06:00:00 PTG

Tidak serik dicekup sebelum ini, sekali lagi sepasang kekasih yang sama dicekup anggota pegawai Masjid Al Azim Pandan Indah kira-kira jam 8 malam di sebuah stor salah sebuah permis di sini, kelmarin. Pegawai Masjid Al Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya melakukan operasi itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.
“Ketika ditangkap, kedua-dua pasangan tersebut resah dengan kehadiran pihak kami dan turut mendapati pasangan lelaki berkenaan hanya berseluar pendek tanpa baju manakala pasangan perempuan berpakaian lengkap".

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati pasangan tersebut masih lagi menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi (IPT) dan pihaknya telah membuat laporan polis serta menyerahkan pasangan terbabit kepada JAIS untuk tindakan selanjutnya. “Kedua-dua pasangan kekasih itu berusia dalam lingkungan 24 tahun dan masih menuntut di IPT dan operasi dijalankan di bawah Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995 Seksyen 29, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali".

Ahmad Nawi berkata, pihaknya meneruskan operasi maksiat pada jam 2 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi semalam. “Antara lokasi dan pot yang menjadi tumpuan operasi dijalankan antaranya di Bukit Langat dan Bukit Permai dan hampir 34 orang dicekup dalam operasi yang diadakan. Kami telah mengambil maklumat mereka dan pada masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Pandan Indah, jika tidak hadir tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka".

Sementara itu, beliau berkata, kebanyakan pasangan yang dicekup adalah golongan remaja yang sering berkunjung di lokasi berkenaan pada awal pagi sehingga boleh menimbulkan syak. “Operasi ini dijalankan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 Seksyen 31, jika disabit bersalah boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada pihak JAIS untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan yang sama berulang".

***cerita-cerita macam ni yang buat mak bapak tidur tak lena. diberi belanja bulanan untuk menuntut ilmu rupanya berasmara dana hingga 4.00 pagi. dalam kuliah berdengkur. keputusan periksa cukup-cukup makan. dapat ijazah kelas bawah. minta kerja susah dapat. jadi penganggur. salahkan kerajaan***
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger