Home » » Pasangan remaja bercumbu dan tak hormat bulan Ramadhan

Pasangan remaja bercumbu dan tak hormat bulan Ramadhan

Written By canang on Khamis, 19 Ogos 2010 | 8/19/2010 08:00:00 PTG

TANJUNG KLING: Segelintir pasangan muda yang dipercayai sedang hangat dilamun cinta, dikesan menjadikan kawasan Pantai Puteri, dekat sini, sebagai lokasi untuk melakukan maksiat termasuk sepanjang Ramadan sehingga menjejaskan kesucian bulan mulia itu.

Tinjauan di kawasan ini mendapati pasangan terbabit gemar menjadikan lokasi yang tersorok dan sunyi di situ sebagai tempat memadu kasih dan aktiviti sumbang ini berlaku pada waktu siang dan hari bekerja.
Click Here
Mereka dilihat seolah-olah tidak segan silu melakukan perbuatan itu, walaupun mudah dilihat masyarakat sekeliling, malah ada di antara mereka bukan saja berani melakukan adegan berpelukan, tetapi perlakuan lebih mencolok mata.
Ada ketikanya, perbuatan itu turut ditegur masyarakat sekeliling khususnya di kalangan golongan tua, tetapi tidak berkesan apabila pasangan kekasih berkenaan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak terbabit.

Dalam tinjauan terbaru kelmarin, beberapa pasangan kekasih yang dipercayai berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu tanpa segan silu berpelukan, selain melakukan aksi berani berkucupan mesra.

Seorang pengunjung pantai ini, Nordin Aman, 49, ketika ditemui berkata, aktiviti seperti itu perlu dibanteras segera bagi mengelaknya berlarutan kerana ia bukan saja menjejaskan imej Islam, malah kawasan peranginan berkenaan.

Sambil mengakui memang ramai remaja Islam di sini tidak menghormati kesucian Ramadan apabila berkelakuan sumbang serta memakai pakaian menjolok mata, beliau berharap penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIM) bertindak segera menangani masalah itu.
Perbuatan mereka itu mencemar kesucian Ramadan yang penuh keberkatan ini dan JAIM perlu mengambil tindakan kerana penduduk yang menegur perlakuan mereka itu, sering ditempelak semula oleh pasangan berkenaan, katanya.

Seorang lagi pengunjung, Moktar Muda, 49, dari Bukit Rambai, turut mengakui ada pasangan Islam yang mengeluarkan kata-kata kesat jika perbuatan sumbang mereka ditegur.

Beliau berkata, pasangan remaja masa kini terlalu berani melakukan maksiat secara terbuka, malah cara berpakaian mereka juga memalukan, sekali gus menunjukkan mereka tidak takut dengan hukum agama.

Jika sebelum ini pegawai penguat kuasa hanya bertindak terhadap umat Islam yang tidak berpuasa, diharapkan pasangan yang berkelakuan sumbang di tempat awam turut dikenakan tindakan sama.

Hanya melalui rondaan sepanjang masa di kawasan tumpuan ramai seperti di pantai peranginan ini, selain kompleks beli-belah, stesen bas, panggung wayang dan taman rekreasi akan dapat mengurangkan perbuatan mereka yang tidak menghormati Ramadan ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata ketika mengulas isu ini berkata, pihaknya akan melakukan operasi mencegah maksiat di kawasan dikenal pasti sebagai sebagai tempat maksiat di negeri ini termasuk Pantai Puteri.

Katanya, sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa itu juga turut melakukan rondaan setiap hari bagi mencegah perbuatan maksiat.

Kita sedia mengadakan operasi di kawasan lain jika ada maklumat mengenai kegiatan maksiat yang dilakukan,
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger