Home » » Pemimpin Umno-BN Pengkhianat Melayu

Pemimpin Umno-BN Pengkhianat Melayu

Written By canang on Selasa, 3 Ogos 2010 | 8/03/2010 10:00:00 PG

Pasir Salak 1 Ogos - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) didakwa banyak melakukan salah urus dan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit.
Penyelewengan berkenaan didedahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Parti Islam Se-Malaysia Pusat, Mazlan Aliman di majlis Himpunan Warga Felcra di sini.
Di dalam himpunan berkenaan beliau turut mendakwa isu kepincangan di dalam Felcra jauh lebih buruk dibandingkan dengan pendedahan di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Mazlan telah mengemukakan sebanyak 24 isu penyelewengan Felcra kepada hadirin di himpunan berkenaan yang telah dikenalpasti melalui penyiasatan sendiri bersama aduan warga Felcra yang melibatkan berbillion ringgit.
"Tidak lama dahulu kita menerima sebuah rombongan daripada Sabah dan sarawak yang datang memberikan aduan kepada kami. Daripada apa yang diceritakan kita dapati masalah tanah di Sabah dan Sarawak jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku di Semenanjung.
"Masalah utama di sabah dan sarawak adalah kerana tanah adat. Berpuluh tahun masyarakat pribumi Sabah dan sarawak bercucuk tanam dan tinggal di tanah berkenaan, kerajaan bertindak menggunakan agensi kerajaan untuk memusnahkan tanaman, membakar rumah kediaman semata-mata mahu mereka keluar daripada tanah tersebut," jelas beliau.

Menurutnya lagi, beliau dan warga Sabah serta Sarawak telah ke Parlimen berjumpa para pemimpin Umno-BN dan Pakatan Rakyat, termasuk Speaker Dewan Rakyat bagi memberitahu mereka keadaan daif yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat di sana.
Beliau menambah, umumnya kini hangat diperkatakan Umno-BN mahu Umno dan PAS bersatu bagi menjamin masa depan masyarakat Melayu di Malaysia dan menyelamatkan mereka daripada kaum Cina.
Tetapi, tambah beliau lagi masalah utama disini, Felda dan Felcra bukannya dipimpin oleh Cina, pemimpin kedua-duanya adalah Melayu. Mereka inilah yang menjadi penyamun tarbus melingkupkan mas depan masyarakat Melayu, bukan Cina.
"Yang menjadi pengkhianat, melingkupkan masyarakat Melayu adalah pemimpin Melayu Umno-BN itu sendiri," tegas Mazlan lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger