Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, 73, didakwa meniduri tiga pelacur kelas atasan serentak.
Perkara itu didedahkan seorang pelacur, Maria Teresa De Nicolo, 38, kepada akhbar La Repubblica, semalam. Berlusconi dikatakan membawa tiga pelacur sebagai tetamu ke parti yang diadakan di kediaman rasminya di Rom pada musim panas tahun lalu.
Kehadiran Maria dan dua lagi pelacur ke parti Berlusconi sebelum ini hangat diperkatakan, tetapi ini kali pertama cerita mengenai pemimpin Itali itu meniduri mereka serentak didedahkan.
Dalam kenyataannya Maria mengesahkan dia dan dua lagi pelacur tidur bersama Berlusconi.
“Saya, dua lagi wanita dan Berlusconi menghabiskan masa bersama di tempat tidur di kediaman rasmi Berlusconi di Rom.” Maria dijemput menghadiri parti itu oleh Gianpaolo Tarantini, ahli perniagaan yang disiasat polis atas tuduhan rasuah.
Maria berkata, Tarantini menelefonnya 30 minit sebelum parti bermula. Dia diminta bersiap menaiki penerbangan dari Bari ke Rom untuk menghadiri parti di kediaman Berlusconi. “Saya menyangka Tarantini hanya bergurau tetapi kemudian dia memberitahu supaya saya memakai pakaian yang menjolok mata,” kata Maria. - Agensi
Home »
» Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, 73, didakwa meniduri tiga pelacur kelas atasan serentak.
Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, 73, didakwa meniduri tiga pelacur kelas atasan serentak.
Written By canang on Jumaat, 6 Ogos 2010 | 8/06/2010 12:40:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan