Home » » Pukau, liwat di masjid

Pukau, liwat di masjid

Written By canang on Selasa, 17 Ogos 2010 | 8/17/2010 01:00:00 PG

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.

Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.
“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. “Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

“Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. “Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit.

“Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan,” katanya
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aikk??? Sayfool ke pemuda tu? kah..kah..kah..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger