JOHOR BAHRU – Satu sindiket perjudian yang berselindung di sebalik kewujudan funfair yang belum sempat beroperasi berjaya ditumpaskan pihak berkuasa di Jalan Dedap 10, Taman Johor Jaya, di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, pembinaan tapak pesta permainan itu hanya mengaburi mata pihak berwajib walhal ia sebenarnya adalah pusat yang menyediakan lebih 10 permainan judi untuk pengunjung.
Menurutnya, premis sementara itu yang dikenali ‘Genting Johor Jaya’ oleh penduduk sekitar tidak mempunyai lesen sah dan telah menceroboh tapak yang dicadangkan Kerajaan Negeri untuk membina sebuah perpustakaan.
“Lebih membimbangkan pembinaan funfair di kawasan seluas dua ekar berhampiran masjid utama dan Sekolah Agama Johor Jaya itu turut melibatkan sensitiviti masyarakat khususnya umat Islam.
“Gejala terlibat dengan judi adalah perkara serius yang boleh merosakkan moral dan boleh mengganggu keharmonian institusi kekeluargaan selain menggalakkan aktiviti itu di kalangan murid sekolah berdekatan,” katanya.
Cher Puk berkata, pengusaha haram itu telah mula beroperasi sejak tiga tahun lalu dan telah berpindah sejak Mei tahun ini setelah pihaknya menggesa Jawatankuasa Tindakan Daerah Johor Bahru (JTDJB) supaya menutupnya.
Home »
» Rahsia ‘Genting Johor Jaya’ terbongkar
Rahsia ‘Genting Johor Jaya’ terbongkar
Written By canang on Rabu, 25 Ogos 2010 | 8/25/2010 09:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

1 ulasan:
Ingat tak lagi pereistiwa ini?
-Al-Qur'an pernah hilang di Malaysia.Antara ayat2 yang hilang ialah ayat2 berkaitan hukum Hudud.
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/adakah-anda-masih-ingat-peristiwa-ini.html
Catat Ulasan