JOHOR BAHRU: Semudah membuat kuih raya. Resipi lalok iaitu ramuan bagi memproses dadah jenis Ecstasy kini boleh diperoleh dengan mudah dengan hanya membuat carian di laman web tertentu di Internet.
Lebih merisaukan, rujukan di laman web menjadi panduan kepada pengedar dadah kecil-kecilan yang langsung tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, memproses bahan terlarang itu menggunakan kemudahan minimum di makmal mini tetapi masih mampu meraih keuntungan berganda.
Bagaimanapun, proses penghasilan pil individu tidak mempunyai kepakaran dikhuatiri boleh membawa maut berikutan ia menggunakan bahan kimia berbahaya dan boleh memudaratkan jika tersalah sukatan. Kegiatan itu terbukti dalam serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sebuah premis di Jalan Klewang, Taman Sri Tebrau, di sini, Selasa lalu.
Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam pembuatan dadah itu.
Rumah berkenaan dijadikan makmal mini memproses dadah dipercayai beroperasi enam bulan lalu dengan keupayaan menghasilkan ribuan pil Ecstasy setiap bulan.
Dalam serbuan itu, polis merampas 2,406 pil Ecstasy, 520 gram ketamin, 100 gram syabu, tujuh gram heroin, 95 pil Eramin 5 dengan nilai pasaran mencecah lebih RM167,950.
Antara peralatan digunakan memproses dadah dirampas ialah apit ‘G’, alat pengisar dan alat penapis, malah dua kotak cecair pewarna dalam ramuan dadah itu sama seperti pewarna kuih tempatan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, dalam serbuan diketuai Asisten Superintendan Chan Ngai Ho, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.
Home »
» Resipi lalok iaitu ramuan bagi memproses dadah jenis Ecstasy kini boleh diperoleh diinternet
Resipi lalok iaitu ramuan bagi memproses dadah jenis Ecstasy kini boleh diperoleh diinternet
Written By canang on Sabtu, 7 Ogos 2010 | 8/07/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan