Home » » RM4,000 jika Pakatan memerintah Negara/video

RM4,000 jika Pakatan memerintah Negara/video

Written By canang on Khamis, 19 Ogos 2010 | 8/19/2010 11:00:00 PTG


KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Pakatan Rakyat mensasarkan setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat jika gabungan PAS, PKR dan DAP itu mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu bagi memastikan usaha membasmi kemiskinan mampu dilaksanakan dan mahu melihat ekonomi rakyat berada di tahap selesa.

Menurutnya lagi sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan manakala 4 juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup melainkan mereka berusaha meningkatkan pendapatan dengan kadar segera.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya yang juga Ketua Umum PKR pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Selain itu katanya, PKR akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa pendekatan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah tersebut.

Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung (FDI).

"Negara ini tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"30% pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup.

"Namun demikian dasar itu sering di war warkan sebagai anugerah Umno kepad rakyat," katanya lagi.

Asas kepada pendekatan pembangunan Pakatan Rakyat itu katanya menjurus kepada penciptaan masayarakat yang adil serta memberi penumpuan kepada pengagihan adil khazanah dan sumber negara.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger