Home » »

Written By canang on Sabtu, 28 Ogos 2010 | 8/28/2010 11:00:00 PTG

TAPAH: Dua gadis bawah umur mendakwa dirogol hingga kedua-dua mereka hamil dalam kejadian berasingan di Kampung Samy, Jalan Pahang dan Taman Seri Gemilang, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata kejadian pertama membabitkan gadis berusia 14 tahun yang disyaki dirogol sepupunya di Kampung Samy.

Katanya, kes itu hanya terbongkar apabila mangsa membuat pemeriksaan di hospital.

“Pihak hospital membuat laporan polis selepas mengetahui mangsa hamil tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dirogol sepupunya sendiri dan suspek berusia 16 tahun kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes kedua di Taman Seri Gemilang pula membabitkan gadis berusia 14 tahun yang disyaki dirogol bapa angkatnya hingga mangsa kini hamil empat bulan.

Katanya, kes itu juga terbongkar hasil laporan pihak hospital.

“Suspek yang berusia 37 tahun sudah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, polis mengklasifikasikan kedua-dua kes itu sebagai rogol kerana membabitkan mangsa juvana mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger