Home » » Tarian tiang di Seputeh

Tarian tiang di Seputeh

Written By canang on Ahad, 8 Ogos 2010 | 8/08/2010 01:00:00 PTG

Kebanjiran premis urut, refleksologi tawar khidmat seks dikhuatiri cetus gejala sosial

BANGSAR: Kewujudan rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan di Parlimen Seputeh di sini dianggarkan lebih 400 premis yang statusnya diragui sama ada beroperasi secara sah atau tanpa lesen.
Ada rumah urut dan pusat hiburan terbabit dikatakan turut menawarkan khidmat seks terutama membabitkan wanita warga asing dan dikhuatiri memberikan kesan negatif kepada penduduk setempat.
Kebanyakan rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan di kawasan parlimen itu beroperasi di Taman Danau Desa, Mega Mendung, Kuchai Lama, sekitar Jalan Klang Lama, Sri Petaling dan Salak Utara.

Seorang wakil penduduk yang enggan namanya disiarkan mendakwa jumlahnya sejak kebelakangan ini semakin bertambah, seolah-olah tidak ada pengawasan daripada pihak berkuasa.

“Apa yang membimbangkan penduduk ialah ada rumah urut terbabit menawarkan khidmat seks membabitkan wanita warga negara asing sejak beberapa bulan lalu.

“Kami hairan mengapa terlalu banyak rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan di Parlimen Seputeh dan kegiatan ini seperti menjadi satu ‘industri’.
“Sebagai contoh di Taman Danau Desa terdapat kira-kira 30 rumah urut, pusat refleksologi serta pusat hiburan. Kewujudan premis terbabit boleh dipertikaikan kerana apa perlunya terlalu banyak rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan yang hanya boleh menyumbang kepada berlakunya masalah sosial terutama kegiatan pelacuran,” katanya kepada Sentral di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Razlan Muhammad Rafii, berkata beliau mendapat maklumat terdapat premis yang menjalankan kegiatan tidak bermoral termasuk tarian tiang oleh wanita warga asing yang berpakaian seksi di sebuah pusat hiburan di Taman Sungai Besi.

“Memang tidak dinafikan ada premis yang menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan tetapi ada juga yang ingin mendapatkan keuntungan cepat dengan menawarkan khidmat seks di pusat hiburan mereka.

“Dibimbangi kewujudan pusat hiburan dan rumah urut ini memberikan kesan negatif kepada golongan muda kerana difahamkan kebanyakan pusat urut memberikan khidmat urut batin dengan bayaran RM40,” katanya.

Razlan berkata, sudah tiba masanya untuk PBT, polis dan imigresen untuk bergabung tenaga bagi membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

“Sekarang tindakan yang diambil secara berasingan dan apabila serbuan dilakukan premis terbabit selalunya akan beroperasi semula seperti biasa.

“Laporan berhubung kewujudan terlalu banyak rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan ini sudah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk tindakan lanjut,” katanya.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger