Home » » Ustaz tayang video lucah/Kosmo

Ustaz tayang video lucah/Kosmo

Written By canang on Ahad, 1 Ogos 2010 | 8/01/2010 09:30:00 PG

REMBAU – Tugas seorang ustaz sepatutnya membimbing murid ke jalan benar melalui pembelajaran agama, tetapi perkara sebaliknya berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat sini.

Sehubungan itu, seorang ustaz di sekolah itu dikatakan tergamak menayangkan video berunsur lucah kepada murid-muridnya.

Sehubungan itu, seorang bapa yang diberitahu oleh anaknya mengenai perangai buruk ustaz itu tampil membuat laporan polis pada Khamis lalu.

Bapa yang mahu dikenali sebagai Azman, 40, mendakwa, dia terkejut apabila anaknya yang berada di darjah lima sekolah itu memberitahu ustaz berkenaan menayangkan satu video lucah kepada lebih 20 murid di sebuah bilik multimedia baru-baru ini.

Katanya, dia dimaklumkan bahawa video itu mengandungi adegan-adegan tidak senonoh seperti pasangan mengadakan hubungan seks dan pelakon wanita turut mendedahkan payu dara.

“Untuk kepastian, saya bertanyakan perkara itu kepada rakan-rakan sekelas anak saya dan mereka mengiyakannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.
Share this article :

3 ulasan:

azman kamarul berkata...

Dah tentu ustaz tu orang umno..

sangtukangkata berkata...

PE PLAK BUKAN ANJING PUAK PAS KE.. HEHE.. PAKATAN BASTARD!!!

riezzam berkata...

Maaf kalau saya berbicara tapi sebagai manusia kita kena faham adakah cerita ini betul atau cerita ini ditokok tambah oleh wartawan...jangan kita asyik menuding jari..ustaz hanyalah manusia biasa yg tidak lari dr kesilapan dan dosa..apa yg berlaku dr berita di atas menjadi pengajaran kepada guru-guru agar lebih berhati2 apabila menayangkan video yang berkaitan dengan pembelajaran..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger