MELAKA: Seorang ibu tunggal muda yang melarikan kereta milik Jabatan Perdana Menteri sebelum terbabit dalam kemalangan awal Julai lalu, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencuri kereta milik pegawai Majlis Agama Islam Melaka (Maim) pada 15 Mei lalu.
Majistret Muzila Mohd Arsad dalam penghakimannya meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh, Noor Fadhilah Mohd Derus, 26, serta menimbangkan hujah Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron sebelum membuat keputusan itu.
Noor Fadhilah yang masih mempunyai kesan parut jahitan di kepalanya kelihatan tenang ketika dibacakan semula pertuduhan sebelum menukar pengakuan kepada bersalah.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mencuri Proton Waja Campro 1.6 berwarna perak bernilai RM60,000 kepunyaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia Cawangan Melaka, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di hadapan rumah No 39, Jalan Jasa Merdeka 27, Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam, kira-kira jam 9 malam pada 5 Julai lalu.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan kesalahan mencuri kenderaan Toyota Avanza milik pegawai Majlis Agama Islam Melaka (Maim) bernilai RM62,000 di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Agama Maim, Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Palah, antara jam 5 hingga 5.30 pagi pada 15 Mei lalu.
Dia yang juga ibu kepada dua anak turut didakwa dengan sengaja mengadakan tentangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang (lari) mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bilik tahanan wanita pada tarikh, masa dan di tempat sama.
Home »
» Wanita ganas dijel 3 tahun
Wanita ganas dijel 3 tahun
Written By canang on Sabtu, 21 Ogos 2010 | 8/21/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan