PARIT: Wanita Melayu dikesan sebagai bilangan paling banyak terbabit dengan penagihan najis dadah di negeri ini, kata Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak, Mokhtar Muhamad.
Katanya, daripada 75 kes yang dilaporkan sehingga bulan lalu, 75 peratus atau 56 kes membabitkan wanita Melayu berbanding hanya lapan kes wanita Cina dan India manakala tiga lagi kaum lain.
Beliau berkata, golongan wanita sepatutnya mampu memainkan peranan dalam kehidupan seharian untuk merealisasikan komuniti bebas dadah menjelang 2015.
“Bagi mencapai matlamat itu, AADK mewujudkan program Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) bagi memberi kefahaman kepada wanita tanpa mengira kaum dan usia supaya mengenai masalah dadah dan usaha memeranginya.
"Ia juga bertujuan membantu kaum wanita membuat pencegahan awal gejala penagihan dadah dengan memberi pendidikan dan bimbingan kepada ahli keluarga masing-masing.
"Mereka seterusnya boleh membantu masyarakat setempat bagi memastikan komuniti bebas dadah dapat direalisasikan," katanya semasa menghadiri Program Memerangi Dadah anjuran UMNO Bahagian Parit dengan kerjasama AADK Perak di sini baru-baru ini.
Program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.
Turut hadir Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan Pegawai AADK Perak Tengah, Bebee Zainab Ashraf.
Sementara itu, Mohd Zaim meminta semua jabatan dan agensi kerajaan mengadakan program secara bersama bagi membantu menjimatkan kewangan kerajaan.
Katanya, agensi yang berada di bawah satu kementerian atau melaksanakan peranan yang hampir sama boleh mengadakan program mereka secara bersama bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
"Pendekatan seperti ini tentu memberikan banyak faedah kepada orang ramai yang ingin mengetahui peranan agensi dalam satu masa dan tempat,"
Home »
» Wanita Melayu terbanyak terbabit dadah
Wanita Melayu terbanyak terbabit dadah
Written By canang on Rabu, 18 Ogos 2010 | 8/18/2010 06:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan