Home » » 4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati dan Peguam ada harta luar biasa

4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati dan Peguam ada harta luar biasa

Written By canang on Isnin, 13 September 2010 | 9/13/2010 09:00:00 PG

BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.

"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.

"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam. Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger