KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas, yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.
Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, katanya, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengetepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.
Beliau berkata, pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.
“Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.
“Umpamanya, isu ternakan babi dekat kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya dalam wawancara khas bersama :UMNO-Online: yang dipetik laman portal itu di sini, semalam.
Mahathir berkata, golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.
Home »
» Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun Mahathir
Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun Mahathir
Written By canang on Sabtu, 11 September 2010 | 9/11/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan