PARIS - Seorang lelaki mendaftarkan 55 anaknya daripada 55 ibu yang berlainan berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda kerana disyaki menipu untuk mendapatkan tempat tinggal menggunakan alasan palsu, Jumaat lalu.
Lelaki warganegara Afrika berumur 54 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di rumah pangsa dua bilik yang didaftarkan dengan lebih 50 orang pada alamat yang sama.
Suspek dipercayai terlibat dalam siri penipuan yang memberi pulangan bernilai AS$1.27 juta (RM3.94 juta) setahun.
Polis Paris berkata, seramai 42 wanita dikenal pasti dan mereka mendakwa suspek adalah bapa kandung kepada anak-anak mereka.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan mahkamah memutuskan ujian DNA perlu dilakukan untuk menentukan sama ada suspek adalah bapa kandung kepada kesemua 55 kanak-kanak tersebut.
Home »
» 'Bapa' kepada 55 kanak-kanak ditahan di Paris
'Bapa' kepada 55 kanak-kanak ditahan di Paris
Written By canang on Rabu, 15 September 2010 | 9/15/2010 12:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan