Home » » Demontrasi Raya : DPPWP Menyeru Semua Khatib Mengutuk Kempen Hari Membakar Al-Quran Dalam Khutbah Raya

Demontrasi Raya : DPPWP Menyeru Semua Khatib Mengutuk Kempen Hari Membakar Al-Quran Dalam Khutbah Raya

Written By canang on Khamis, 9 September 2010 | 9/09/2010 08:00:00 PTG

Dewan Pemua PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Pastor Terry Jones di Florida Amerika Syarikat yang menganjurkan kempen “Hari Membakar Al-Quran” pada hari sabtu ini yang kononya dilakukan sebagai memperingati peristiwa 11 September (911) iaitu hari serangan ke atas bangunan World Trade Center yang mengorbankan ramai nyawa.

DPPWP mengesa semua khatib-khatib yang akan membacakan khutbah pada solat Hari Raya Aidilfitri dan Solat Jumaat esok hari (10 September 2010) supaya mengutuk tindakan beliau.

Rancangan jahat Terry ini mendapat tentang dan bantahan dari seluruh dunia termasuk kalangan mereka yang bukan Islam kerana rancangannya membakar Al-Quran adalah penghinaan ke atas agama Islam yang nyata. Sangat menyakitkan hati kerana rancangan ini juga sengaja diadakan pada Hari Raya kedua umat Islam yang kononnya hari kemusnahan 911.

Sehingga ke hari ini Kerajaan Amerika pimpinan Barack Obama hanya mampu memberikan peringatan kepada beliau, sedangkan dalam keadaan sekarang perkara ini sepatutnya sudah dihalang dengan mensita tapak kawasan dan Gereja yang akan mengadakan kempen berkenaan Sabtu ini.

DPPWP berharap agar hari mulia umat Islam pada Jumaat ini dijadikan sebagai medan untuk menunjukan bantahan kita dengan Khatib turut menyebut dalam khutbah mereka kutukan terhadap penganjur program ini dan mempertegaskan betapa Islam ini adalah agama yang cintakan keamanan dan menolak segala bentuk keganasan. Dalam doa diakhir Khutbah juga, Khatib diharap dapat berdoa akan keselamatan umat Islam diseluruh dunia dan menyatukan kita semua atas nama Islam dengan menolak fahaman sekular dan berpuak-puak yang boleh memecah belahkan umat Islam.

Bagi DPPWP, hari jumaat ini adalah hari ‘Demontrasi Besar’ umat Islam untuk menunjukan kesatuan dan juga pendirian kita berhubung kempen yang benar-benar menghina maruah umat Islam. Al-Quran adalah sumber ilmu dan panduan kehidupan bagi umat Islam. Disitulah letaknya perlembagaan hidup umat Islam dan tindakan membakarnya sama sahaja dengan tindakan mengistiharkan perang kepada umat Islam. Namun kita perlulah memulai reaksi kita secara lebih bijaksana supaya Islam lebih dihormati dan disanjungi oleh masyarakat dunia.

DPPWP juga mengesa agar semua parti Politik, NGO dan Kerajaan mengambil inisiatif melaungkan bantahan terhadap kebiadapan Terry ini dengan mengirimkan surat kepada kedutaan Amerika dinegara ini dalam tempoh terdekat.

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger