JOHOR BAHRU - "Saya sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung seksa akibat perbuatannya dan dia sendiri pun sering mendoakan supaya saya mati cepat."
Itulah luahan seorang ibu, Bong Swee Yin, 50, terhadap anak lelakinya yang dikenali sebagai Son Chai, 25, yang sering mendatangkan masalah kepada dirinya sejak anaknya itu di zaman persekolahan lagi.
Swee Yin yang merupakan ahli perniagaan berkata, perangai anak sulungnya itu disifatkan semakin melampau dan sangat gemar berjudi di Internet sehingga melibatkan pinjaman wang dengan ah long.
"Dia tidak dengar sebarang nasihat malah saya akan ditengking dengan kata-kata kesat jika cuba menegur tabiat buruknya sehinggalah saya menjadi mangsa ugutan ah long beberapa kali.
"Masalahnya, setiap kali ah long datang mengugut saya, Son Chai terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan seolah-olah saya yang perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya," kata ibu tunggal yang kematian suami sejak 20 tahun lalu ini.
Swee Yin berkata, sekumpulan ah long telah datang ke kedainya di Jalan Tun Abdul Razak, di sini lalu memaksanya membayar RM60,000 yang dipinjam Son Chai.
"Saya bukannya orang senang malah ada dua lagi anak yang perlu ditanggung. Carilah Son Chai kerana dia yang buat pinjaman," katanya sebak ketika ditemui di pejabat Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay di sini semalam.
Home »
» Dia bukan lagi anak saya'
Dia bukan lagi anak saya'
Written By canang on Sabtu, 4 September 2010 | 9/04/2010 09:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan