Home » » GRO bayar tauke hiburan

GRO bayar tauke hiburan

Written By canang on Khamis, 16 September 2010 | 9/16/2010 12:26:00 PG

BUTTERWORTH: Lazimnya perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) didalangi sindiket, tetapi keadaan berbeza dengan apa yang dilakukan segelintir wanita warga asing di negeri ini yang sanggup membayar kepada pengusaha pusat hiburan untuk menjadi GRO.
Ia amat mengejutkan kerana biasanya wanita warga asing sering mendakwa tertipu dengan sindiket yang pada mulanya menjanjikan pekerjaan dengan pendapatan lumayan, tetapi terpaksa bekerja sebagai GRO apabila tiba ke negara ini.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Qadir Siddiq Ahmad, berkata wanita warga asing membayar sejumlah wang kepada pengusaha kelab malam bagi membolehkan mereka menjadi GRO di pusat hiburan terbabit.

"Mereka (GRO wanita warga asing) ini akan bergerak secara bebas tanpa perlu mengikuti arahan oleh sindiket atau pengusaha kelab malam untuk memberi perkhidmatan kepada mana-mana lelaki yang sedang berhibur di pusat hiburan.

"Tidak diketahui kenapa mereka sanggup untuk membayar kepada pengusaha kelab malam untuk menjadi GRO, mungkin kerana ingin pendapatan lebih lumayan dan tidak mahu terikat dengan mana-mana sindiket," katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO mampu mengaut pendapatan lumayan dan berusaha sedaya upaya membayar balik modal yang digunakan ketika datang ke Malaysia dari negara asal masing-masing.
Abdul Qadir berkata, pihaknya mendapati kegiatan wanita asing membayar sejumlah wang kepada pengusaha pusat hiburan untuk menjadi GRO baru saja dikesan di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun kes itu tidak banyak tetapi Jabatan Imigresen tetap memandang serius kerana kegiatan terbabit menyalahi undang-undang.

Abdul Qaddir turut mengakui agak sukar untuk membuat pendakwaan terhadap pengusaha pusat hiburan yang membenarkan GRO beroperasi di premis mereka kerana sukar untuk mendapatkan bukti.

"Sudah tentu pengusaha tidak mahu mengaku mereka membenarkan GRO terbabit beroperasi di premis mereka.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger