AMPANG - Kesabaran seorang suami terhadap sikap jelik isterinya yang bersekedudukan dengan seorang pelajar Nigeria sejak lima bulan lalu sampai ke kemuncaknya apabila dia bersama sembilan lelaki bertindak menyerang pasangan tersebut di sebuah pangsapuri dekat Bandar Baru Ampang di sini Sabtu lalu.
Kejadian yang berlaku setengah jam selepas sambutan ambang merdeka itu mengakibatkan wanita 44 tahun itu patah lengan kanan selain lebam di muka manakala pelajar Nigeria berusia 35 tahun tersebut patah hidung dan jari kiri selepas diserang oleh suspek.

Difahamkan, salah seorang suspek yang menyerang pasangan yang sedang beristirehat ketika kejadian itu merupakan suami wanita tersebut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suami wanita tersebut mungkin geram dan marah dengan tindakan isterinya yang bukan sahaja bersekedudukan dengan pelajar asing itu malah bertindak menghantar lima anak mereka pulang ke kampung.
"Lelaki dan wanita itu tidak lagi tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Sepanjang tempoh itu, wanita tersebut dikatakan telah tinggal di rumah yang didiami oleh pelajar Nigeria terbabit.
"Sebaik mengetahui lokasi rumah mereka, lelaki tersebut telah mengajak sembilan rakannya untuk menyerang pasangan itu menggunakan tangan dan objek keras. Ketika diserang, pasangan berkenaan dikatakan lengkap berpakaian," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Home »
» Isteri dikebas lelaki Afrika
Isteri dikebas lelaki Afrika
Written By canang on Khamis, 2 September 2010 | 9/02/2010 07:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan