Home » » Kebebasan media: Bebas dalam sangkar

Kebebasan media: Bebas dalam sangkar

Written By canang on Jumaat, 24 September 2010 | 9/24/2010 01:00:00 PTG

Kesempatan berada di bumi asing membolehkan saya membaca buku-buku yang tidak terdapat di negara Malaysia.

Jangan salah faham; apa yang saya maksudkan adalah sebuah buku yang ditulis berkaitan kebebasan media di negara tersebut dan saya begitu tertarik dengan ungkapan yang diucapkan oleh Tony Joyce dalam buku tersebut yang berbunyi “I never believed that 50 per cent truth and 50 per cent bulls*** equals balance”.


Media adalah satu kuasa yang sangat digeruni kerana ia boleh menaikkan atau menjatuhkan seseorang atau sesebuah kerajaan. Ia dijadikan alat untuk kepentingan sesebuah pihak. Ada yang menasihati rakyat agar mempercayai media perdana tetapi lebih separuh rakyat Malaysia tidak mempercayai media arus perdana. Baca di sini.

Ada 2 faktor utama yang menyumbang kepada trend ini yakni: Terlalu banyak kisah politik dihidangkan oleh media arus perdana dan faktor penjimatan. Sememangnya sebagai pembaca dan rakyat Malaysia akan berasa muak apabila terlalu banyak cerita politik menjadi santapan utama pembaca; lebih-lebih lagi ianya bersifat bias dan hanya menceritakan tentang satu pihak sahaja sementara pihak yang lain tidak diberikan liputan secara meluas.

Dalam perkembangan semasa begini saya berpendapat hanya satu akhbar sahaja yang membuat liputan dan memberi peluang yang banyak kepada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Begitu juga dengan perkembangan media elektronik; meskipun ada media cetak yang menyediakan bacaan di internet tetapi media yang memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menyatakan pandangan dan suara lebih digemari dan mendapat tumpuan.

Adalah salah mengatakan bahawa hanya media perdana yang menyajikan laporan dan berita yang benar kerana media sebegini juga tidak terlepas dalam menyiarkan pandangan dan tulisan editor, pengarang atau pembaca yang lebih banyak menjurus kepada emosi, pendapat, pengalaman tanpa sebarang fakta dan bukti yang kukuh. tidak seratus peratus tepat dan benar selagi ianya datang dari manusia kerana setiap individu punya pandangan dan pendapat masing-masing.

Bahkan dalam media perdana sendiri selalu kita akan berjumpa dengan situasi yang diungkapkan oleh Tony Joyce seperti yang saya sebutkan di awal penulisan ini. Apakah adil menyiarkan berita mengenai satu pihak sebanyak dua mukasurat penuh tetapi berita mengenai satu pihak yang lain tidak sampai separuh mukasurat?

Sesungguhnya apa yang menjadi perhatian masyarakat hari ini ialah keseimbangan dalam menyampaikan laporan dan pandangan dari mana-mana pihak.

Apa yang menjadi perhatian saya adalah mengenai cadangan untuk memperketatkan lagi Akta Percetakan dan Penerbitan 1984. Ini memberi kesan negatif kepada media cetak sendiri kerana rakyat akan semakin kurang percaya dengan berita yang disajikan kerana ianya pasti akan ditapis atau sudah diubahsuai.

Di samping itu, rakyat juga akan beralih membaca berita-berita dari internet kerana tiada sekatan yang dikenakan setakat ini untuk media elektronik.

Saya ingin menarik perhatian para pembaca berkenaan cadangan memperketatkan akta ini. Saya mahu anda, para pembaca menilai sendiri apakah akta ini sudah cukup ketat atau tidak kerana jika anda percaya bahawa akta ini masih belum cukup ketat maka eloklah cadangan itu disegerakan.

Section 4: Printing press used for unlawful purpose

(1) Any person who prints or produces, or causes or permits to be printed or produced by his printing press or machine anypublication or document — (a) which is obscene or otherwise against public decency; or (b) which contains an incitement to violence against persons or property, counsels disobedience to the law or to any lawful order or which is or is likely to lead to a breach of the peace or to promote feelings of ill-will, hostility,enmity, hatred, disharmony or disunity, shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine notexceeding twenty thousand ringgit or to both.

Section 6: Grant of permit

(1) The Minister may in his absolute discretion grant — (a) to any person a permit to print and publish a newspaper in Malaysia; or (b) to any proprietor of any newspaper in Singapore a permit allowing such newspaper to be imported, sold, circulated or distributed in Malaysia

Undesirable publications

7. (1) If the Minister is satisfied that any publication contains any article, caricature, photograph, report, notes, writing, sound, music, statement or any other thing which is in any manner prejudicial to or likely to be prejudicial to public order, morality, security, or which is likely to alarm public opinion, or which is or is likely to be contrary to any law or is otherwise prejudicial to or is likely to be prejudicial to public interest or national interest, he may in his absolute discretion by order published in the Gazette prohibit, either absolutely or subject to such conditions as may be prescribed, the printing, importation, production, reproduction, publishing, sale, issue, circulation, distribution or possession of that publication and future publications of the publisher

Section 13: Minister’s decision final

13A. (1) Any decision of the Minister to refuse to grant or to revoke or to suspend a licence or permit shall be final and shall not be called in question by any court on any ground whatsoever. (2) For the purpose of this section “decision” includes any order or direction made by the Minister under this Act.

Exclusion of right to be heard

13B. No person shall be given an opportunity to be heard with regard to his application for a licence or permit or relating to the revocation or suspension of the licence or permit granted to him under this Act.

Kalau anda perhatikan begitu banyak perkataan absolute discretion digunapakai atau dalam ertikata lain ia bermaksud budi bicara mutlak dan ditambah lagi dengan seksyen 13A yang memperuntukkan sebarang keputusan yang dilakukan oleh Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah atas dasar apa sekalipun.

Seksyen 13B pula memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun perlu diberi peluang untuk mendengar berkenaan permohonan permit atau lesen. Seksyen ini kalau dibaca bererti ia menafikan salah satu natural justice iaitu audi alteram partem (right to be heard).

Kalau ada mana-mana undang-undang atau kes yang pernah menafikan natural justice ini maka silalah maklumkan kepada saya tetapi setakat pengetahuan saya yang cetek ini, natural justice yang terbahagi kepada dua iaitu nemo judex in causa sua( right not to be biased) dan Audi alteram partem (right to be heard) adalah hak mutlak setiap individu dalam mahkamah atau dalam menerima apa-apa keputusan.

Tetapi kewujudan seksyen ini dalam akta Percetakan dan Penerbitan 1984 menjelaskan kepada kita bahawa keputusan Menteri berkaitan pemberian lesen dan permit percetakan adalah mutlak, tertinggi dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun. Ini bukan fitnah atau pendapat bebas tetapi saya sekadar memberitahu apa yang terdapat dalam akta ini selama 26 tahun yang sudah menjadi sebahagian daripada undang-undang negara.

Cuma tidak ramai yang mengetahui akan hal ini. Sudah pasti kesan pindaan yang lebih ketat ke atas akta ini adalah media cetak akan semakin tidak dipercayai dan ditinggalkan sementara media elektronik akan menjadi media arus perdana atau trend dalam masyarakat Malaysia pada masa terdekat dan akan datang.

Ada satu lagi ungkapan yang menarik untuk direnungkan bersama ‘‘Quis Custodiet ipsos custodes’’ yang bermaksud ‘‘Who is to guard the guardians themselves’’ atau dalam bahasa Melayu bererti ‘‘siapa yang akan menjaga si penjaga’’. Tetapi, sebagai rakyat kita masih punya hak untuk menentukan siapa penjaga kita.

Dan hak itu bukan di jalanan atau demonstrasi mahupun bantahan yang merugikan. Rakyat perlu tahu yang hak tersebut ada di atas kertas undi pilihanraya akan datang
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger