KOTA BAHRU 21 SEPT: Kerajaan Kelantan kesal atas tindakan kerajaan Pusat yang membeku118 projek melibat 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar di negeri ini sejak Rancangan Malaysia Keenam (RMK 6 hingga sekarang ini.Demikian dijelaskan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi (Kelantan) di Dewan Teratai Kota Darulnaim pagi ini.
Mengikut laporan Gegar Kelantan.Net, Mohd Aiseri berkata tindakan itu boleh membantutkan pembangunan di negeri ini dan ia juga dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.
“ Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.
“Maklumlah, tanah itu kebanyakannya milik rakyat dan rakyat masih belum dibangunkan. Mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiar lama untuk dibangunkan”katanya.
Mohd Aiseri berkata, pengambilan tanah itu melibatkan16 kementerian dan makluman ini akan disampaikan kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.
Katanya antaranya ialah,Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Dalam Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan