Home » » Klip video wanita diheret polis

Klip video wanita diheret polis

Written By canang on Ahad, 12 September 2010 | 9/12/2010 08:00:00 PG

Satu klip video yang mengejutkan menunjukkan seorang wanita, Pamela Somerville berumur 57 tahun diheret oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan dan menumbuknya sehingga pengsan ke bilik tahanan sebuah balai polis di bandar Melksham, Wiltshire, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman itu yang diperoleh akhbar berkenaan menunjukkan Pamela yang merupakan seorang penyelidik pasaran terpaksa membuat panggilan interkom bagi meminta bantuan kerana darahnya terpercik ke lantai bilik tahanannya disebabkan matanya bengkak akibat dipukul.

Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital tetapi tangannya masih bergari semasa mendapat rawatan.

Kejadian itu berlaku pada 2008 tetapi pegawai polis yang memukulnya itu, Sarjan Mark Andrews, 37, akan dihukum esok selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret Oxford kerana memukul Pamela pada pagi Julai 2008.

Insiden itu bermula selepas Pamela didapati tidur di dalam kereta di sebatang jalan raya luar bandar.

Polis menyatakan dia ditahan kerana keenggannya untuk memberikan sampel nafasnya tetapi wanita tersebut menafikannya. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger