KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kemungkinan kehilangan empat ahli perniagaan termasuk seorang saudagar batu permata warga India turut mempunyai kaitan dengan lapan lelaki yang ditahan berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
Tiga rakyat tempatan yang hilang itu membabitkan seorang lelaki Melayu manakala dua lagi lelaki berketurunan India.
Polis menyiasat sama ada kehilangan tiga warga tempatan itu berlaku ketika mereka melakukan urusan perniagaan dengan peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan reman kelmarin.
Sumber itu berkata, saudagar batu permata bernama Alla Kantan Muthu Raja, 34, dari Chennai, India dipercayai hilang semasa dia melakukan urusniaga di Banting.
Kehilangan empat mangsa itu dilaporkan secara berasingan antara April dan Mei lalu.
Sejak itu tidak ada apa-apa petunjuk mengenai kedudukan keempat-empat mangsa itu.
Home »
» Misteri kehilangan Sosilawati:Saudagar batu permata hilang
Misteri kehilangan Sosilawati:Saudagar batu permata hilang
Written By canang on Selasa, 14 September 2010 | 9/14/2010 07:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan