Home » » Mizz Nina Anak Jutawan Dihimpit "Kaki Kikis"?

Mizz Nina Anak Jutawan Dihimpit "Kaki Kikis"?

Written By canang on Sabtu, 4 September 2010 | 9/04/2010 09:00:00 PTG

MUNGKIN ramai yang mengimpikan untuk menjadi seorang yang bernama Sharinaz Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina. Dia bukan sahaja cantik, popular malah merupakan anak seorang jutawan bernama Tan Sri Azman Hashim.

Namun bukan mudah seperti disangka, disebabkan statusnya sebagai anak seorang kenamaan itu, dia sering dikaitkan dengan lelaki kaki kikis.

Malah ada yang berpendapat rakan-rakan yang mendampinginya hanya mahu mengambil kesempatan terhadapnya semata-mata.

Bagaimanapun menurut Mizz Nina yang lebih gemar mengelarkan dirinya Nina, perkara tersebut tidak pernah difikirkan.

"Mungkin ramai yang beranggapan begitu, ramai yang takut untuk berkawan dengan saya tapi saya tidak pernah memilih sesiapa yang ingin berkawan dengan saya.

"Saya juga tidak pernah terfikir seseorang yang berkawan dengan saya, hanya untuk mengambil kesempatan. Kadang kala kami saling memerlukan sebagai seorang kawan. Mungkin mereka tidak kaya tetapi mempunyai apa yang saya tiada," jelasnya.

Tambah Mizz Nina, istilah kaki kikis atau dikikis tidak pernah difikirkannya dalam sebuah persahabatan.

"Lagi pula saya mempunyai keluarga disekeliling yang menjaga saya. Mereka sentiasa mengawasi dan saya tidak rasa ada orang yang cuba ambil kesempatan terhadap saya," katanya yang baru sahaja menghasilkan single kedua berjudul Kurnia berduet bersama Noh (Hujan).

Dalam pada itu, Mizz Nina juga mengakui dia kadang kala tertekan dengan gosip yang tersebar tentang dirinya.

"Sejak kemunculan semula saya dalam industri ini makin banyak pula cerita yang tidak elok didengar, tapi saya tidak pernah ambil serius cerita-cerita itu," ujarnya.

Bercerita tentang alam perkahwinan, Mizz Nina mengakui belum mempunyai perancangan ke arah itu. Malah dia menyatakan hasratnya untuk tidak berkahwin jika memasuki usia 40 tahun nanti.

"Saya belum lagi berfikir untuk berkawin kerana kekasih saya sekarang ialah kerjaya saya. Dulu perancangan saya nak kahwin umur 30 tahun tapi jika umur saya menjangkau 40 tahun belum juga berkahwin, saya mungkin tidak akan berkahwin terus," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger