SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak mahu dianggap tidak melakukan tugas dan bersikap lepas tangan sepanjang empat tahun menjawat jawatan paling tinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini berikutan rasa hairan beliau terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak mengisi kekosongan untuk pelbagai jawatan penting dalam pasukan itu.
Katanya, beliau sudah menghantar senarai nama pegawai kanan polis kepada KDN sejak November tahun lalu, untuk dipertimbangkan bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan dalam jabatan polis di seluruh negara.
“Saya tidak tahu mengapa kekosongan itu tidak diisi walaupun kita sudah hantar senarai nama dan senarai nama itu telah dipersetujui bersama jawatankuasa pemilihan sebelum dihantar kepada KDN
“Saya pun tidak tahu kenapa nama yang dicadang itu tidak dilantik dan saya tidak mahu nanti ada orang yang salahkan saya dalam hal ini,” katanya pada siding media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung beberapa kekosongan, termasuk jawatan dianggap penting dalam polis yang tidak diisi sehingga sekarang.
Musa sebelum itu menghadiri Perbarisan dan Perjumpaan Polis Selangor sempena persaraan beliau pada 12 September ini, di IPPK Selangor.
Dalam pada itu, ketika menceritakan kenangan manis sewaktu berkhidmat dalam PDRM, beliau berkata, saat yang paling sukar dilupakan adalah sewaktu bertugas bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
“Saya menyamar sebagai pengayuh beca untuk menangkap pengedar dadah. Ketika itu Khalid pun ada.
“Ketika itu saya berpangkat Inspektor dan bertugas di Pulau Pinang. Lebih menggembirakan, saya dapat perangkap pengedar dadah itu dan terus menangkapnya ketika menaiki beca saya,” katanya.
Home »
» Musa hairan KDN tidak isi kekosongan
Musa hairan KDN tidak isi kekosongan
Written By canang on Jumaat, 10 September 2010 | 9/10/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan