Home » » Pandangan Nurul Izzah Kena Tepat Kepada Golongan Berpandangan Sempit

Pandangan Nurul Izzah Kena Tepat Kepada Golongan Berpandangan Sempit

Written By canang on Ahad, 12 September 2010 | 9/12/2010 07:00:00 PTG

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.
Senator Dr Syed Husi Ali menegaskan pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu dan 'ketuanan Melayu' tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi yang wujud hanya 'kedudukan istimewa', telah mengoncang pendapat golongan yang berfikiran sempit.

"Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yangdibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.
"Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai telah menyengat dan mengena tepat pada sasaran.
"Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," kata Dr Syed Husin dalam kenyataannya hari ini," tegas beliau.
Beliau berkata prinsip Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAkatan Rakyat ialah mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger