Home » » Pasangan muda kempunan berhibur

Pasangan muda kempunan berhibur

Written By canang on Selasa, 21 September 2010 | 9/21/2010 11:00:00 PG

GEORGE TOWN – Hasrat sepasang suami isteri muda untuk berhibur di sebuah pusat hiburan berkecai apabila mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki bersama tiga lagi rakan mereka terbabas sebelum merempuh tembok dalam kemalangan di Kilometer 2.2 di Jambatan Pulau Pinang kelmarin.

Kejadian pukul 11.20 malam itu mengakibatkan pasangan muda terbabit, Teh Bor Yi, 19 dan isterinya, Khor Lee Mui, 17, mati dua jam kemudian ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan parah di seluruh badan dan dalaman.

Dua lagi lelaki yang cedera ialah Lee Chun Hao, 17, dan Teh Bee Bee, 20. Bee Bee mengalami patah kaki kanan manakala seorang lagi wanita, Chiam Khee Wei, 17, pula kritikal dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Kejadian itu juga mengakibatkan Chun Hao yang berada di tempat duduk belakang ketika kejadian terhumban ke dalam laut dari ketinggian kira-kira 30 meter selepas tercampak melalui cermin tingkap yang pecah.

Dia kemudian berenang ke salah satu tiang jambatan sebelum diselamatkan oleh polis marin pada pukul 1.30 pagi.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger