Home »
» Pengerusi DAP Pasar Pandamaran Dipercat Kerana Surat Sokongan
Pengerusi DAP Pasar Pandamaran Dipercat Kerana Surat Sokongan
Written By canang on Sabtu, 4 September 2010 | 9/04/2010 04:00:00 PTG
KUALA LUMPUR 3 Sept - Pengerusi DAP cawangan Pasar Pandamaran Yap Hock Siew dipecat daripada parti itu hari ini manakala timbalannya Ong Chai Huat digantung keahlian selama dua tahun kerana mengeluarkan surat sokongan yang memberi faedah kepada satu perniagaan yang kedua-duanya mempunyai kepentingan.
Jawatankuasa Disiplin parti yang membuat keputusan itu hari ini telahmendapati bahawa Yap dan Ong mengeluarkan surat sokongan itu menggunakan kepalasurat
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negei Selangor (Pandamaran) untuk tujuan berkenaan pada 17 Jun lepas.
"Mereka mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan," kata pengerusi JawatankuasaDisiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, parti itu memecat seorang pemimpin akar umbi, Tee Boon Hock, yang ketika itu anggota Majlis Perbandaran Klang, kerana mengeluarkan surat sokongan menggunakaan kepala surat seorang anggota exco kerajaan Selangor, bagi mendapatkan kontrak untuk anggota keluarga dan rakan-rakannya.
Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan