Home » » Polis beri amaran sebelum tembak remaja

Polis beri amaran sebelum tembak remaja

Written By canang on Selasa, 21 September 2010 | 9/21/2010 03:00:00 PTG

JOHOR BAHRU: Polis terpaksa melepaskan tembakan hingga menyebabkan seorang remaja cedera di kaki Sabtu lalu, kerana remaja terbabit tidak menghiraukan tembakan amaran ke udara sebaliknya melarikan diri selepas dia dan rakannya bertindak agresif dengan cuba merempuh anggota polis bermotosikal menggunakan kereta.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dalam kejadian 10.40 pagi itu, suspek beberapa kali cuba merempuh serta menghimpit motosikal polis untuk melepaskan diri.


“Dalam keadaan panik, mereka merempuh sebuah kereta milik awam di Jalan Dedap 24, Taman Johor Jaya, menyebabkan kenderaan yang dipandu rosak.

“Mereka bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya cuba meloloskan diri ke kawasan perumahan hingga memaksa anggota polis melepaskan dua das tembakan amaran ke udara,” katanya.

Menurut Jalaluddin, satu das tembakan terpaksa dilepaskan dan mengenai betis kiri suspek berusia 19 tahun itu dan dia ditahan serta dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan.

Bagaimanapun, rakannya sempat meloloskan diri dan menurut Jalaluddin, seorang remaja berusia 16 tahun menyerah diri di Balai Polis Johor Jaya keesokannya manakala remaja yang terkena tembakan itu dibenarkan keluar dari wad HSI pada hari sama.

Jalaluddin berkata, semakan mendapati remaja terbabit berasal dari Cheras manakala kenderaan dipandu kereta curi yang dilaporkan hilang tiga hari sebelum kejadian di Desa Cemerlang.

“Selain itu, polis merampas lima pil Eramin 5 yang ditemui dalam simpanan remaja terbabit. Berdasarkan ujian saringan air kencing kedua-dua remaja itu, mereka positif mengambil dadah jenis amphetamin dan methamphetamin.

“Mereka direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger