Home » » Polis temui objek baru

Polis temui objek baru

Written By canang on Rabu, 22 September 2010 | 9/22/2010 11:00:00 PTG

BANTING – Polis menjumpai objek menyerupai seutas gelang emas yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kejadian bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya termasuk beberapa kes lain, di kunci air Kampung Sungai Lang dekat sini, semalam.

Sungai yang berhubung terus dengan Sungai Langat di sini merupakan lokasi keempat polis melakukan siasatan dan mencari bukti berhubung kejadian pembunuhan kejam yang diketahui umum sejak 12 September lalu.

Sebelum ini, pasukan polis dari Unit Skuba, Pasukan Gerakan Marin, Pangkalan Pulau Indah, Selangor melakukan kerja-kerja mengumpul barang bukti berhubung kejadian itu antaranya di Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Gelanggang Buaya.

Terdahulu suspek utama dibawa polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) kira-kira jam 3.15 iaitu selepas lelaki yang berusia 41 tahun itu dibawa ke pejabatnya di Jalan Cempaka, kira-kira tiga kilometer dari sungai tersebut.

Suspek berbaju lokap berwarna ungu itu kemudiannya dilihat menunjukkan lokasi tersebut kepada polis sebelum empat anggota dari Unti Skuba melakukan kerja-kerja menyelam, kira-kira jam 3.30 petang.

Kehadiran polis membawa suspek ke lokasi tersebut dipercayai untuk mencari barang peribadi milik mangsa termasuk telefon bimbit yang dibuang ke dalam sungai terbabit.

Sejam selepas itu, Unit Skuba menemui objek menyerupai seutas gelang emas di dasar sungai terbabit.

Bagaimanapun, barang-barang lain tidak ditemui dan operasi tersebut dihentikan kira-kira jam 5 petang.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger