Home » » Rakyat Lebih Percaya Media Baru, Fikirlah Najib

Rakyat Lebih Percaya Media Baru, Fikirlah Najib

Written By canang on Sabtu, 4 September 2010 | 9/04/2010 06:00:00 PTG

PAS menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul supaya semua media mencontohi media perdana yang dikatakannya melaporkan dengan fakta, berbeza dengan media baru.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sangsi dengan kenyataan Najib mengenai kenyataannya dengan mendakwa media perdana pada hari berada di dalam landasan yang betul, manakala yang salah ialah media baru seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya.

“PAS yakin inilah keresahan yang melanda di kalangan pemimpin kerajaan pada hari ini yang cuba hendak meletakkan media baru di kandang orang salah supaya rakyat sangsi terhadap pemberitaan media baru.

“Datuk Najib harus fikir kenapa rakyat lebih percaya media baru daripada media perdana. Sebabnya rakyat pada hari ini sudah tahu membezakan antara kaca dan permata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, sebaik sahaja satu laporan yang dibuat oleh media perdana, maka selang beberapa minit sahaja laporan itu diperbetulkan kembali dengan fakta dan gambar.

Contoh yang terbaru, ujarnya sikap yang ditunjukkan oleh media ayam daging Umno ketika melaporkan apa yang berlaku di Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

“Media ini melaporkan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang sedang memberi ‘tazkirah’ dan memberi bantuan kepada ahli PAS,” katanya.

Apa yang berlaku, jelasnya ialah Teo sedang memberi taklimat mengenai skim pendidikan Kerajaan Selangor dan beliau memberi bantuan kepada surau sebanyak RM1,000.

Ini, tambahnya hanya satu contoh fitnah yang jahat untuk memburukkan PAS dan Teo daripada DAP.

“Apakah ini yang Datuk Najib suruh media baru tiru cara laporan media perdana yang penuh dengan fitnah?” soalnya.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan oleh media perdana, mereka tidak memperdulikan soal saman malu dan balasan Allah SWT, yang penting ialah dapat memuaskan golongan yang menzalimi dan menipu rakyat.

Tambahnya, tujuan laporan yang berupa fitnah mereka buat supaya persepsi rakyat terhadap PAS jahat.

Ini, kerana katanya mereka tahu proses undang-undang memakan masa yang lama, setelah fikiran rakyat telah dirosakkan begitu lama.

“PAS bukan meminta media ini memuji PAS dan Pakatan Rakyat dalam pemberitaan mereka. Kalau pun tidak mahu melaporkan apa yang PAS buat, jangan pula sanggup melaporkan berita fitnah terhadap PAS,” ujarnya.-HARAKAH DAILY
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger