JAKARTA: Selepas memutuskan semua hubungan dengan ibu bapanya, Ratu Cantik Indonesia 2009, Qory Sandioriva, kini didakwa menjadi pengamal ilmu hitam dan kerap melakukan aktiviti mistik.
Ibu Qory, Fariyawati, berkata keadaan itu amat membimbangkan dan dia menghubungi Yayasan Puteri Indonesia (YPI) bagi mendapatkan bantuan mereka.
Kata Fariyawati, dia menulis surat kepada YPI untuk meminta mereka menarik balik kemudahan diberi kepada Qory - antaranya, sebuah apartmen yang menjadi tempat tinggalnya, untuk menyelamatkan keadaan.
Sementara itu, YPI ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima surat daripada Fariyawati tetapi kandungannya belum dipastikan.
Seorang daripada kakitangan YPI, Ayi Subing, berkata setakat yang diketahui badan itu, Qory masih berhubung dengan ibunya.
Katanya, jika ada masalah menimpa Qory, pihaknya pasti memaklumkan perkara itu kepada Fariyawati.
Mengenai tuduhan Fariyawati mengenai perkembangan terbaru Qory, Ayi berkata, YPI tidak tahu-menahu mengenai pembabitan ratu cantik itu dalam amalan mistik.
“Jika ada maklumat mengenainya, pasti kami boleh memberi teguran.
“Masalahnya, kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya. - Agensi
Home »
» Ratu Cantik Amal Ilmu Hitam
Ratu Cantik Amal Ilmu Hitam
Written By canang on Rabu, 29 September 2010 | 9/29/2010 09:40:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan