KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi mulai hari ini.
Majistret Ahmad Shakin Ismail membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas
kelima-lima lelaki yang berumur antara 20-an hingga 30-an yang berakhir hari ini
itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.
Perintah dikeluarkan Ahmad Shakin itu dibuat di Pusat Tahanan Sementara
Bukit Jalil di sini, iaitu tempat kesemua suspek terbabit ditahan.
Ini merupakan kali ketiga tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.
Sementara itu, tempoh tahanan reman tiga lagi termasuk dua peguam adik
beradik yang dipercayai suspek utama pembunuhan akan berakhir pada Sabtu ini.
Kelmarin, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan
berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.
Beberapa arahan baru turut diberikan kepada polis termasuk meminta polis
menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek pembunuhan
Sosilawati dan tiga yang lain itu.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44,
pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,
dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos
lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 13 September lalu polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul
sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai
berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor. - Bernama
Home »
» Reman 5 suspek kes bunuh Sosilawati disambung seminggu lagi
Reman 5 suspek kes bunuh Sosilawati disambung seminggu lagi
Written By canang on Khamis, 23 September 2010 | 9/23/2010 05:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan