Kebanyakan kafe dan restoran di Jakarta tetap dibuka malah ada menghidangkan arak ketika bulan puasa, walaupun mereka cuba beroperasi secara senyap-senyap bagi menghormati masyarakat Islam selain bimbangkan diserbu kumpulan aktivis.
Sebuah restoran dan bar di JI Wahid Hasyim, Jakarta Tengah menghidangkan arak, tetapi memastikan botol itu tidak kelihatan. Apabila pelanggan memesan sebotol besar arak, mereka akan hidangkan minuman itu dalam gelas besar.
“Kami lakukan ini untuk mengelak bantahan kumpulan pelampau,” kata pelayan, Deden
yang dipetik Jakarta Post semalam.
“Saya tahu ini mengarut kerana gelas itu turut mempunyai lambang jenama di luarnya. Tetapi ia lebih baik menghidangkan di dalam gelas besar berkenaan ketika Ramadan ini kerana selagi tidak ada botol arak, kami akan selamat,” katanya. – Agensi
Home »
» Restoran hidang arak ketika bulan puasa
Restoran hidang arak ketika bulan puasa
Written By canang on Khamis, 9 September 2010 | 9/09/2010 01:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan