Home » » Samy Vellu: Letak Jawatan Baru Umum Bersara

Samy Vellu: Letak Jawatan Baru Umum Bersara

Written By canang on Khamis, 30 September 2010 | 9/30/2010 07:48:00 PTG

SHAH ALAM 30 SEPT: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu diminta meletak jawatan terlebih dulu sebelum membuat pengumuman mengenai kedudukan jawatan tertinggi parti berkenaan, kata bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramaniam, hari ini.

Beliau sendiri tidak akan mempercayai pengumuman berkenaan selagi tidak melihat surat peletakan jawatan Presiden MIC paling lama di Malaysia itu dan menganggapnya sebagai kenyaaan retorik.

"Siapa mahu percaya kata-kata Samy? Sudah beberapa kali Samy Vellu berkata mahu meletak jawatan tetapi tiada apa-apa pun sehingga kini," kata beliau kepada TV Selangor, apabila diminta mengulas pengumuman terbaru Samy yang menyatakan untuk berundur pada Januari tahun depan.

Beliau berkata, Samy seorang yang senang dipengaruhi orang lain menyebabkannya memberi kenyataan tertentu sebegitu apabila mengetahui desas-desus negatif mengenai dirinya tetapi menukar kenyataan apabila situasi berubah.

"Gaya dia memang begini, hari ini akan berkata sesuatu dan kemudian esoknya lain pula," kata Subramanian lagi.

Mengulas kewibawaan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang digembar-gembur sebagai pengganti Samy, beliau tiada keyakinan terhadap kepimpinan Palanivel.

"Palanivel adalah seorang pengikut yang baik, tetapi malangnya tiada ciri-ciri pemimpin dan saya tiada keyakinan dia boleh mempunyai kebolehan memimpin MIC," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger