Home » » Satu penipuan Video Klip:‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah

Satu penipuan Video Klip:‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah

Written By canang on Rabu, 1 September 2010 | 9/01/2010 11:16:00 PTG


KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.
Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.

Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.

Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.

Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.

Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.

“Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger