TELUK INTAN: “Saya terkejut apabila mengetahui anak sulung saya berada di Lombok, Indonesia bersama seorang lelaki yang turut berasal dari wilayah itu.
“Sebaik mendapat berita itu, kami pada mulanya tidak percaya kerana Shafikah jarang keluar rumah dan seorang pendiam,” kata Mohd Safiee Sardi, 43, bapa Shafikah Marlina Mohd Safiee, 16, gadis yang hilang dari rumah dipercayai mengikut lelaki Indonesia ke Lombok. Sabtu lalu, Shafikah Marlina keluar ke pekan Teluk Intan seorang diri membayar bil telefon, kira-kira jam 9.15 pagi. Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah sebelum kehilangannya disedari kira-kira jam 9 malam pada hari sama.
Mohd Safiee berkata, dia dan isteri, Mazanah Adul Latif, 38, menyedari sesuatu berlaku kepada anaknya kerana Shafikah tidak pulang ke rumah selepas keluar rumah sejak pagi. Katanya, dia yang tidak sedap hati menemui isterinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ladang.
“Menurut isteri saya, dia ada menerima SMS daripada Shafikah mengatakan dia berada di Ipoh kerana melawat rakannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang cedera akibat kemalangan jalan raya. “Selepas jam 8 malam, isteri saya menerima SMS daripada Shafikah yang mengatakan kereta dinaikinya bersama kawan rosak dan akan pulang selepas membaikinya,” katanya.
Katanya, isterinya menerima satu lagi SMS daripada Shafikah menyatakan dia berada di Manjung dan bertolak pulang, kira-kira jam 9 pagi keesokannya. Mohd Safiee berkata, selepas SMS itu, dia tidak menerima berita daripada anaknya termasuk gagal menghubunginya menerusi telefon bimbit.
“Lima hari kemudian, saya menerima panggilan daripada Shafikah memaklumkan dia berada di Lombok bersama seorang lelaki,” katanya.
Katanya, dia percaya, lelaki yang melarikan anaknya itu dikenali sebagai Misbah, 20, berasal dari Kuranji, Lombok, Indonesia kerana lelaki itu pernah bekerja sebagai pekerja ladang di tempat kerja isterinya.
Home »
» Terkejut anak di Lombok
Terkejut anak di Lombok
Written By canang on Jumaat, 10 September 2010 | 9/10/2010 12:05:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan