Home » » Tiga Ahli Umno Digantung Tiga Tahun, Tiada Sebab Dinyatakan

Tiga Ahli Umno Digantung Tiga Tahun, Tiada Sebab Dinyatakan

Written By canang on Khamis, 2 September 2010 | 9/02/2010 06:00:00 PTG

Tiga anggota Umno Bahagian Tanah Merah termasuk bekas Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Shaari Hassan digantung keanggotaan parti selama tiga tahun, kata Setiausaha Umno bahagian Ahmad Ismail.

Beliau berkata dua lagi ialah Pemangku Ketua Umno bahagian Nik Kamarulzaman
Sulong dan bekas anggota jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bahari
Mohd Nor.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad berkata penggantungan
Shaari berkuat kuasa pada 10 Ogos lepas, manakala penggantungan Nik Kamarulzaman
dan Bahari pula bermula 12 Ogos.

"Bagaimanapun tribunal Lembaga Disiplin tidak menyebut sebab-sebab mereka
digantung dan surat yang saya terima bertajuk 'tindakan tatatertib ke atas ahli
Umno'," katanya.

Beliau berkata surat pengantungan kesemua mereka ditandatangani oleh
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 30 Ogos,
setelah mesyuarat Lembaga Disiplin pada 27 Ogos lepas mendapati ketiga-tiga
anggota terbabit bersalah.

Beliau berkata Shaari disabitkan mengikut fasal 20.9 (c) Perlembagaan Umno
dan dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti atau dipilih
sebagai calon pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum akan datang.

Manakala Nik Kamarulzaman dan Bahari pula, katanya dihukum mengikut fasal
20.9(b) dan dibaca bersama fasal 6.2.2 Perlembagaan Umno, iaitu mereka digantung
hak-hak keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal yang mana terkemudian,
iaitu hak untuk memilih, dipilih atau dilantik untuk sebarang jawatan dalam
parti.

"Penggantungan terhadap ketiga-tiga mereka ini harus menjadi pengajaran
kepada anggota agar menggunakan saluran parti dalam menyelesaikan sebarang
permasalahan," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad menyeru semua anggota merapatkan barisan dan
tumpuan kepada gerak kerja memperkasakan parti dan berkhidmat untuk masyarakat
sebagaimana disarankan oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Jun lepas, bekas Setiausaha Umno bahagian itu Amran Abdul Rahman
dipecat setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap
Ketua Umno bahagian Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalannya Baharuddin
Yusof.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger