Home » » Tolak Permit Akhbar, Malaysiakini Cabar KDN Di Mahkamah

Tolak Permit Akhbar, Malaysiakini Cabar KDN Di Mahkamah

Written By canang on Khamis, 30 September 2010 | 9/30/2010 11:00:00 PG

Portal berita, Malaysiakini akan mencabar keputusan kerajaan yang menolak permohonan mereka untuk memperoleh permit menerbitkan akhbar bercetak.

“Saya tidak lihat mengapa kami tidak dibenarkan menerbitkan sebuah akhbar,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran kepada AFP.

"Ia adalah hak perlembagaan dan Malaysiakini berada sejak sepuluh tahun lalu dan kami membuktikan bahawa kami mempunyai rekod sebagai laman berita yang bebas, seimbang dan berkredibiliti,” katanya.

Malaysiakini memfokus isu politik, rasuah dan isu sosial - memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mencabar keputusan Kementerian dalam Negeri.

Laman itu adalah saluran rakyat mendapatkan maklumat utama sejak sedekad lalu berikutan sebahagian besar akhbar utama dan stesen penyiaran, dikuasai kerajaan pemerintah.

Mengikut undang-undang, semua akhbar di Malaysia memerlukan permit yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Chandran berkata portal yang mempunyai 1.8 juta pembaca setiap bulan mahu menerbitkan akhbar sendiri bagi mencapai lebih ramai pembaca sekalipun operasi di laman sesawang tidak terjejas dengan keputusan kementerian itu.

"Ini adalah petanda bahawa tiada perubahaan (oleh kerajaan). Ini adalah polisi yang berterusan bagi mengenakan kawalan ketat ke atas media cetak dan penyiaran,” katanya.

Dalam surat bertarikh 19 Ogos lalu kepada Malaysiakini menyatakan 'kementerian mengambil keputusan untuk tidak mempertimbangkan permohonan permit penerbitan' tanpa memberi sebarang alasan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger