Home » » Umat Islam Malaysia Sambut Raya Jumaat, 9 ditahan di Perlis sambut hari raya awal,

Umat Islam Malaysia Sambut Raya Jumaat, 9 ditahan di Perlis sambut hari raya awal,

Written By canang on Rabu, 8 September 2010 | 9/08/2010 11:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada hari Jumaat demikian diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.Manakala di Perlis Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Mereka yang berusia antara 19 dan 52 tahun itu, tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger