Home » » UMNO Semakin Tenat:Najib Diminta Campur Pergolakan Umno Sg Petani

UMNO Semakin Tenat:Najib Diminta Campur Pergolakan Umno Sg Petani

Written By canang on Isnin, 6 September 2010 | 9/06/2010 11:43:00 PTG

6 Sept - Kumpulan anti ketua bahagian Umno Sungai Petani Ali Yahya kini mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan bagi menyelesaikan pergolakan dalaman bahagian itu.

Pengerusi Gerakan Anti Ali (GAA) Abu Bakar Ahmad hasrat itu dinyatakan dalam pertemuan mereka dengan timbalan pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah pagi tadi di sebuah hotel di Sungai Petani.

Abu Bakar berkata mereka mengadakan pertemuan itu kerana tidak puas hati terhadap Umno negeri yang didakwa mengetepikan pihaknya dalam rundingan dengan pejabat agung sehingga arahan dikeluarkan tanpa mendapat pandangan semua pihak.

Katanya, pihaknya meminta supaya Ahmad Bashah menetapkan tarikh dan masa untuk bertemu dengan Najib.

Ini kerana mereka berbuat demikian tidak mahu "membelakangi" Ahmad Bashah sebagai pemantau bahagian berkenaan.

Abu Bakar juga malah mendakwa pihaknya tidak menerima surat itu yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bertarikh 19 Ogos lalu, antaranya didakwa mengarahkan Ali Yahya menjalankanan tugas sebagai ketua bahagian seperti biasa.

"Kalau begitu, gantung (pentadbiran bahagian) buat apa. Dah gantung, mana boleh jalankan tugas," kata Abu Bakar Ahmad yang juga bekas ketua bahagian berkenaan.

Katanya, kerana tidak dibawa berbincang, mereka tidak tahu apa yang sebenarnya dijelaskan kepada Tengku Adnan yang juga hali parlimen Putrajaya.

"Beliau (Ahmad Bashah) sepatutnya berbincang dengan kita dan Ali. Kemudian, bawa dua rumusan (hasil perbincangan) dan bawa ke pengetahun beliau," katanya merujuk kepada pertemuan Umno negeri dan Ali pada 16 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

Ditanya arahan Tengku Adnan dalam surat itu, Ahmad mendakwa Umno negeri diarahkan mengambil ali pentadbiran bahagian secara keseluruhan, termasuk ketiga-tiga sayap parti dan setiap mesyuarat bahagian perlu dihadiri oleh pengerusi Umno negeri atau wakilnya.

Pada 21 Julai lalu, Umno Sungai Petani diambil alih pengurusannya oleh perhubungan negeri ekoran perbalahan dan kekecohannya dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu AGM pada 11 Julai lalu.

Persidangan perwakilan Umno bahagian itu apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap dan memintanya berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.-MALAYSIA KINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger