Home » » 'Ya Tuhan' ganti Google

'Ya Tuhan' ganti Google

Written By canang on Isnin, 6 September 2010 | 9/06/2010 01:00:00 PG

TEHERAN - Kerajaan Iran membangunkan enjin carian Internet sendiri bagi menggantikan enjin carian antarabangsa seperti Google, Yahoo atau Alta Vista.

Enjin carian terbaru yang dinamakan 'Ya Haq', yang bermaksud 'Ya Tuhan' dalam bahasa Farsi itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencarian yang lebih laju dan keselamatan maklumat yang lebih tinggi untuk komunikasi atas talian di negara itu.

Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Syarikat Teknologi Maklumat Iran, Hadi Malek-Parast berkata, Ya Haq akan sedia dilancarkan pada tahun 2012.

Menurutnya, projek tersebut adalah projek Intranet domestik yang berbeza dengan perkhidmatan Internet antarabangsa.:

Pegawai Teknologi Maklumat, Pujan Ziaie berkata, kerajaan Iran bukan sahaja membangunkan enjin carian, tetapi jua program Intranet, iaitu program seperti Internet dalaman bagi negara itu di mana pengguna akan mendapat akses kepada laman sesawang yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Perbincangan mengenai pembangunan Intranet ini telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan atas pendirian bahawa Internet merupakan senjata Barat.

"Jadi apa yang Iran sedang cuba lakukan bagi mengelakkan ancaman ini adalah dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh China," katanya.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger