Home » » 600 guru sandaran bakal hilang kerja

600 guru sandaran bakal hilang kerja

Written By canang on Sabtu, 16 Oktober 2010 | 10/16/2010 11:30:00 PG

ALOR SETAR - Kira-kira 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini bakal kehilangan punca pendapatan setelah kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat bermula 10 Oktober lalu.

Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau di Sik, Amir Hamzah Harun, 33, berkata, setiap hari dia menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Gurun untuk mengajar bagi menampung kehidupan bersama isteri, anak dan ibunya.

"Kalau kontrak ini ditamatkan, susah untuk saya menyara keluarga.

"Saya merayu kementerian agar menyambung kontrak guru GSTT kerana kebanyakan kami mempunyai pengalaman mengajar yang agak lama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan guru-guru sandaran dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini semalam
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger