Home » » Badan langsing jadi umpan

Badan langsing jadi umpan

Written By canang on Khamis, 21 Oktober 2010 | 10/21/2010 12:00:00 PTG

KUALA LUMPUR – Taktik pemasaran licik yang dijalankan oleh pusat-pusat pelangsingan badan menjadi punca ramai wanita mudah terjerat untuk melanggan pakej menguruskan badan yang ditawarkan walaupun hasilnya belum tentu terjamin.

Keadaan itu dikuatkan lagi dengan pelbagai kisah menarik individu-individu termasuk golongan artis yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sehingga menimbulkan keinginan individu lain untuk turut mencuba.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, pengguna perlu sedar bahawa pusat-pusat rawatan pelangsingan menggunakan pelbagai taktik untuk memikat pelanggan sedangkan hasilnya tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Pengguna juga mesti ingat pusat-pusat ini juga menggunakan perkhidmatan peguam untuk menuntut bayaran sebaik sahaja perjanjian ditandatangani oleh pengguna,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu pengguna sedar bahawa tiada cara mudah dan cepat dalam rawatan pelangsingan badan.

Menurut beliau, pengguna jangan mudah terpengaruh kepada testimoni-testimoni keberkesanan rawatan pelangsingan individu lain seperti yang banyak disiarkan di media cetak dan elektronik.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger